Random Post

Presiden Seperti Ini Yang Peminat Bola Sepak Mahukan



Ketika para penyokong bola sepak negeri Kelantan ada yang masih termimpi-mimpi sejarah membawa pulang tiga piala kebanggaan bola sepak tanahair, pasukan bola sepak negeri Johor pula sedang ligat melobi pembelian beberapa pemain handalan bola sepak negara.

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor bakal mencipta sejarah apabila menjadi pasukan bola sepak pertama di negara ini yang sanggup berbelanja sebanyak 2 juta euro bagi mendapatkan bintang piala dunia Sepanyol 2008, Daniel Guiza secara pinjaman.

Jika ianya menjadi kenyataan, maka Daniel Guiza adalah merupakan pemain import termahal yang pernah bermain di negara ini dan apa yang lebih membanggakan penulis adalah, beliau bakal bermain untuk pasukan negeri kelahiran penulis.

Ketika Johor sedang mengcongak serta mengatur perbincangan dengan beberapa pemain tempatan yang menjadi pilihan , tiba-tiba hadir beberapa suara “sumbang” yang mengkritik usaha Johor untuk memperkuatkan pasukannya untuk musim hadapan. Mereka mengkritik kononnya Johor tidak menghormati baki kontrak yang dimilki oleh para pemain.

Pada pandangan penulis, pada era ini, kualiti permainan serta hasil bakat wajar dinilai sedalam mungkin. Sukan bola sepak negara harus menoleh ke negara yang memiliki pemain yang berkualiti serta bertaraf antarabangsa. Pemain menjadi rebutan dengan nilaian wang dijadikan ukuran oleh pemain bagi memilih pasukan mana yang harus mereka wakili.

Adalah menjadi kewajaran kepada pasukan bola sepak di negara ini untuk berbelanja lebih besar bagi memiliki pemain yang hebat jika ia mampu. Jika Johor mampu untuk membawa NorshahrulIidlan Talaha dari Kelantan dengan nilaian tebus kontrak sebanyak RM 1 juta, kenapa ia hendak dikritik? Ia secara tidak langsung dapat menambah kantong pasukan tersebut. Dan rasanya, ia akan menjadi nilaian perpindahan tertinggi dinegara ini.

Pasukan Bola Sepak Negeri Johor hari ini mempunyai presiden yang berani untuk berbelanja besar demi survival sukan tersebut untuk negeri Johor. Tahniah penulis ucapkan kepada Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim sebagai presiden kerana telah membuka mata keseluruhan peminat bola sepak tanah air bahawa, harga pemain bola sepak hari ini harus dibayar setanding dengan kualiti permainan yang mereka tunjukkan.

Dengan ini, penulis percaya minat serta kesungguhan untuk para pemain berkhidmat dengan pasukan yang diwakili akan lebih mendalam.

Buat pengurusan pasukan negeri lain, anda harus berani menilai kualiti permainan para pemain bola sepak setanding dengan bayaran yang mereka terima. Sudah tiba masanya para pemain mendapat bayaran yang setimpal dengan apa yang mereka sumbangkan. Penulis yakin, ia buka pencetus kepada sifat “demand” para pemain, tetapi secara tidak langsung ia bakal menjadi “trend” terbaru arena sukan bola sepak tanahair.

Sudah tibanya masanya presiden bola sepak bagi setiap negeri bekerja lebih kuat bagi mendapatkan dana untuk mengisi kantong persatuan bola sepak negeri masing-masing bagi membeli para pemain handalan negara. Pasukan Bola Sepak negeri Johor sudah membuka gelanggang. Ayuh terima cabaran, ianya baru bermula.
Presiden Seperti Ini Yang Peminat Bola Sepak Mahukan aliff zuli Rating: 5 Ahad, 20 Januari 2013

0 ulasan:

ShareThis

Blogger templates

s/y73/tx2nw/bloggedmy/bloggedmylink2.png" border="0" height="15" width="80" alt="Blogged.my" t
Copyright © 2013 Peminat Bola Sepak Johor.