Random Post

Nero tinggalkan Johor Darul Takzim FC?



Nasib pemain import Johor Darul Takzim dari Itali, Simone Del Nero (gambar) yang dikatakan bakal meninggalkan pasukan tersebut sebelum baki saingan Liga Super bermula masih menjadi tanda tanya.

Ini kerana, bekas pemain tengah Lazio berusia 31 tahun itu masih menjalani latihan skuad Harimau Selatan di padang latihan di Seri Gelam di sini semalam.

Cuma bezanya, terdapat empat pemain Johor sudah memulakan latihan bersama skuad Fandi Ahmad iaitu Farid Ramli, Muhammad Nazri Ahmad, Jasazrin Jamaludin dan bintang import dari Brazil, Andre Francisco.

Pada masa sama, tiga pemain mereka Ezaidy Khadar, K. Sathiya dan Faizal Mansor sudah memulakan latihan bersama skuad Johor.

Ketua jurulatih Johor Darul Takzim, Fandi ketika diajukan soalan mengenai status Del Nero dan pertukaran pemain hanya mampu tersenyum dan berkata, pemain tersebut masih mempunyai kontrak dengan Johor Darul Takzim.

"Tidak nafikan akan ada perubahan dalam pasukan apabila tempoh perpindahan pemain dibuka bermula 8 hingga 22 April ini, namun siapa yang akan keluar atau masuk, saya tidak tahu lagi kerana ia masih dalam perbincangan," katanya.

Khabar angin mengatakan Del Nero bakal 'dilepaskan' bertiup kencang semuanya dikatakan gara-gara persembahannya yang tidak konsisten.

Portal sukan Sports247 melaporkan, pemain yang pernah beraksi dengan pasukan Itali yang berjaya memenangi Kejohanan Bola Sepak Eropah UEFA Bawah 21 tahun pada 2004 itu sudah hampir pasti meninggalkan Johor Darul Takzim.

Portal tersebut turut melaporkan, kontrak Del Nero bersama skuad tersebut akan ditamatkan lebih awal dan pemain tengah itu dikatakan akan pulang ke negaranya selepas urusan pampasan diselesaikan dengan pihak pengurusan.

Karier pemain tersebut juga tidak kurang hebatnya apabila pernah beraksi untuk kelab Empoli, Brescia, Cesena, Palermo dan Lazio di Itali dan Livingston dalam Liga Scotland sebelum pasukan Johor Darul Takzim menyambar pemain tersebut.

p/s : Mohon PBNJ jangan buang Nero,beri peluang lagi.
Nero tinggalkan Johor Darul Takzim FC? aliff zuli Rating: 5 Isnin, 25 Mac 2013

0 ulasan:

ShareThis

Blogger templates

s/y73/tx2nw/bloggedmy/bloggedmylink2.png" border="0" height="15" width="80" alt="Blogged.my" t
Copyright © 2013 Peminat Bola Sepak Johor.