Random Post

Orang Johor sudah lama dahaga


Perkara yang sama dilakukan ayah pada tahun 1986 tetapi hanya untuk seketika apabila Selangor memadam jaringan tunggal Dollah Salleh untuk Selangor menang 6-1. Pada tahun itu juga aku menyaksikan Allahyarham Mokhtar Dahari beraksi kali terakhir.

Dan ayahku muram sampai keesokkan hari selepas Johor tewas. Kecewa, final Piala Malaysia 1991 langsung tidak menarik perhatian Ayah. Namun Johor mempamer aksi hebat menerusi kemenangan 3-1 dengan hatrik Ervin Boban.

Selepas itu bolasepak Johor sepi dari kejayaan kecuali Piala FA pada 1998 menewaskan Sabah 1-0.

Lantaran penyokong mula tidak mempedulikan pasukan bolasepak Johor. Tetapi kebangkitan pasukan berstatus kelab, Johor FC sedikit mengubat kekecewaan peminat. Namun tidak sehebat Johor yang disanjung ayah dahulu.

Lama sepi dan pernah suatu ketika Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunus di Johor Baharu tidak terjaga akibat tiada siapa yang mahu menonton perlawanan.

Tetapi sekarang semuanya sudah berubah. Baru-baru ini saya ke Segamat, Johor menghadiri majlis perkahwinan sepupu. Kebiasaannya kemeja-T ataupun, baju batik dan baju kebangsaan menjadi pilihan kebanyakan tetamu.

Tetapi kali ini suasananya cukup berbeza. Saya sempat mengira... Hampir 20 tetamu yang hadir memakai replika jersi skuad Johor Darul Takzim. Baik kanak-kanak mahupun dewasa.

Begitu juga ketika saya singgah di stesen minyak ataupun di hentian lebuhraya, pasti ada kelibat 'Daniel Guiza' mahupun 'Safee Sali'.

Kini ayahku yang sudah menghampiri usia 65 tahun tidak lagi meminati bolasepak apatah lagi mengikut perkembangan skuad Johor Darul Takzim. Namun sebagai anak berdarah campuran Johor dan Negeri Sembilan, aku sendiri bangga dengan pencapaian skuad bimbingan Fandi Ahmad ini.

Cuma aku sedikit kecewa ketika Negeri Sembilan tewas 2-1 kepada JDT baru-baru ini kerana, nisbah darah Kuala Pilah ku lebih berbanding Johor.

Apapun aku tetap berharap kebangkitan Johor Darul Takzim akan berterusan sekaligus membuatkan penjual jersi JDT tersenyum tanda kepuasan.











Orang Johor sudah lama dahaga aliff zuli Rating: 5 Selasa, 5 Mac 2013

0 ulasan:

ShareThis

Blogger templates

s/y73/tx2nw/bloggedmy/bloggedmylink2.png" border="0" height="15" width="80" alt="Blogged.my" t
Copyright © 2013 Peminat Bola Sepak Johor.