Random Post

Harimau Selatan Baham Penyu!!!




JOHOR Darul Takzim menang bergaya selepas menundukkan Terengganu 3-2 di gelanggang sendiri dalam Perlawanan Liga Super di Stadium TanSri Dato Haji Hassan Yunos Larkin, di sini, malam tadi.

Babak pertama perlawanan beraksi seimbang antara kedua-dua pasukan, namun ledakan gol pembuka tirai Terengganu melalui sepakan Effa Owono pada minit ke-10 mengejutkan ribuan penyokong Johor DT.

Skuad Harimau Selatan terus berusaha memburu gol penyamaan seminit kemudian, namun belum membuahkan hasil apabila sepakan leret Daniel Guiza sedikit tersasar keluar.

Skuad Penyu hampir menambah gol kedua hasil tendangan kencang Manaf Mamat dari luar kotak penalti, tapi sedikit tersasar keluar melewati tiang gol tuan rumah.

Bagaimanapun keghairahan anak buah Fandi Ahmad mencari gol penyamaan akhirnya kesampaian melalui sepakan penalti Daniel Guiza apabila Nurul Azwan Roya dijatuhkan oleh Rosdi Talib pada minit ke-37.

Kedudukan 1-1 tidak bertahan lama apabila pasukan tuan rumah mula mendahului permainan 2-1 menerusi tendangan kencang Daniel Guiza dari luar kotak penalti selepas menerima bola daripada Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-45.

Beraksi dalam masa tambahan dua minit, anak buah E Elavarasan hampir menyamakan kedudukan melalui tandukan Effa Owono hasil tendangan sudut pada minit ke-47, namun berjaya ditepis penjaga gol Johor Darul Takzim, Zulfadhli Mohamed.

Kurang lima minit beraksi pada babak kedua perlawanan, gawang gol Terengganu sekali lagi bolos apabila tendangan kencang Nurul Azwan Roya dari luar kotak penalti pada minit ke-48 berjaya menundukkan penjaga gol Terengganu, Sharmiza Yusoff.

Skuad Penyu bijak memanfaatkan tendangan sudut apabila tandukan berbisa Effa Owono berjaya menghadiahkan gol kedua buat Terengganu. Johor Darul Takzim terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Tharmini Saiban diarah keluar padang selepas diberikan kad kuning kedua oleh pengadil, Suhaizi Shukri pada minit ke-71.

Skuad Harimau Selatan semakin beraksi garang memburu gol keempat menerusi sepakan kencang Norshahrul Idlan Talaha, namun terkena palang gol pasukan pelawat. Kedua-dua pasukan ghairah memburu gol, namun perlawanan dengan empat minit masa tambahan itu berpihak kepada JDT, 3-2.
Harimau Selatan Baham Penyu!!! aliff zuli Rating: 5 Ahad, 31 Mac 2013

0 ulasan:

ShareThis

Blogger templates

s/y73/tx2nw/bloggedmy/bloggedmylink2.png" border="0" height="15" width="80" alt="Blogged.my" t
Copyright © 2013 Peminat Bola Sepak Johor.