Random Post

Fandi lega trio kembali !!!



Barisan pemain Johor Darul Takzim sudah bebas dari kecederaan dan tampak bersedia melayani kunjungan Terengganu pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Malah, pengendali skuad yang bergelar Harimau Selatan, Fandi Ahmad juga mengesahkan penyerang sensasi, Safee Sali pulih dari kecederaan pergelangan kaki kiri dan mungkin akan diturunkan dalam kesebelasan utama memburu kemenangan di laman sendiri.
Katanya, pertembungan menentang Terengganu amat penting bagi memastikan rekod bersih skuad Harimau Selatan kekal dengan tanpa sebarang kekalahan sekali gus mengintai peluang memburu tangga teratas liga yang masih dikuasai Tentera dengan hanya kelebihan dua mata tatkala Johor Darul Takzim mengumpul 16 mata.

Sentuhan trio kebangsaan

“Kami perlu menang dalam perlawanan ini kerana mahu berada terus di kelompok teratas liga dan ia pasti satu kerugian jika kita tumpas apabila beraksi di tempat sendiri malah saya akan menurunkan barisan pemain terbaik bagi menghadapi Terengganu yang sudah mula tunjuk peningkatan.

“Safee (Sali) sudah bebas daripada kecederaan namun saya akan pantau tahap kecergasan memastikan beliau bersedia diturunkan sama ada dalam kesebelasan utama atau sebaliknya.

“Apa pun kembalinya tiga pemain kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Radzak, Safiq Rahim dan Norshahrul Idlan Talaha pasti beri lebih kekuatan kepada Johor Darul Takzim,” katanya.
Kelibat Del Nero

Tambah menarik, penampilan Simone Del Nero yang akan diturunkan dalam skuad utama dan dijangka turun pada dua perlawanan terakhir sebelum ‘berpisah’ dan mengambil keputusan untuk pulang ke Itali selepas tidak berminat untuk diturunkan pangkat beraksi bersama Johor pada saingan Liga Perdana
Fandi lega trio kembali !!! aliff zuli Rating: 5 Sabtu, 30 Mac 2013

0 ulasan:

ShareThis

Blogger templates

s/y73/tx2nw/bloggedmy/bloggedmylink2.png" border="0" height="15" width="80" alt="Blogged.my" t
Copyright © 2013 Peminat Bola Sepak Johor.