Random Post

Memaparkan catatan dengan label Perlawanan. Papar semua catatan

Piala FA Separuh Akhir Pusingan Pertama
Sabtu,25 Mei 2013.

Johor Darul Takzim FC VS Pahang FA

Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Johor Bahru
Rabu, 22hb Mei 2013, 8.45 mlm
Live : Astro Sports 807 HD and TV1

Avoid defeat hat-trick ..!
We fixed Win ..!
Expand your power Johor ..!

This match is expected to commence at 8.45 pm and will be broadcast live on Astro Arena channel 801. To anyone who wants to watch it online, you can click the link live streaming as shown below.

Link 1 : ASTRO ARENA 801

Link 2 : RTM 1





Kredit : Harimau Selatan Fanpage



Barisan pemain Johor Darul Takzim sudah bebas dari kecederaan dan tampak bersedia melayani kunjungan Terengganu pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Malah, pengendali skuad yang bergelar Harimau Selatan, Fandi Ahmad juga mengesahkan penyerang sensasi, Safee Sali pulih dari kecederaan pergelangan kaki kiri dan mungkin akan diturunkan dalam kesebelasan utama memburu kemenangan di laman sendiri.
Katanya, pertembungan menentang Terengganu amat penting bagi memastikan rekod bersih skuad Harimau Selatan kekal dengan tanpa sebarang kekalahan sekali gus mengintai peluang memburu tangga teratas liga yang masih dikuasai Tentera dengan hanya kelebihan dua mata tatkala Johor Darul Takzim mengumpul 16 mata.

Sentuhan trio kebangsaan

“Kami perlu menang dalam perlawanan ini kerana mahu berada terus di kelompok teratas liga dan ia pasti satu kerugian jika kita tumpas apabila beraksi di tempat sendiri malah saya akan menurunkan barisan pemain terbaik bagi menghadapi Terengganu yang sudah mula tunjuk peningkatan.

“Safee (Sali) sudah bebas daripada kecederaan namun saya akan pantau tahap kecergasan memastikan beliau bersedia diturunkan sama ada dalam kesebelasan utama atau sebaliknya.

“Apa pun kembalinya tiga pemain kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Radzak, Safiq Rahim dan Norshahrul Idlan Talaha pasti beri lebih kekuatan kepada Johor Darul Takzim,” katanya.
Kelibat Del Nero

Tambah menarik, penampilan Simone Del Nero yang akan diturunkan dalam skuad utama dan dijangka turun pada dua perlawanan terakhir sebelum ‘berpisah’ dan mengambil keputusan untuk pulang ke Itali selepas tidak berminat untuk diturunkan pangkat beraksi bersama Johor pada saingan Liga Perdana


Tahniah kepada Zaquan Adha dan isteri, Ayu Raudhah yang baru dikurniakan cahaya mata lelaki dilahirkan di Hospital Columbia Asia, Nusajaya, JB 01..Congrats

Zaquan Adha telah pun berkongsi gambar putera sulungnya hasil perkahwinan dengan Ayu Raudhah menerusi akaun Twitternya. Sangat-sangat comel. Sekali pandang macam muka Zaquan pun ada. Tahniah diucapkan atas kehadiran cahaya mata ini.

Turut sama hadir untuk menyambut kehadiran ahli keluarga baru mereka ini ialah kembar Zaquan, Aidil Zafuan. Pasti Aidil pun teruja untuk mendapat anak buah.

P/s : Semoga rezeki bertambah dan prestasi untuk game Johor meningkat!!!

SAH..Simone del Nero akan bermain untuk perlawanan Liga Super menentang Terengganu pada 30hb nanti. Dan perlawanan perlawanan Piala FA bertemu Selangor pada 6hb April adalah yang terakhir baginya..berita disahkan oleh jurulatih Fandi Ahmad.

"Beliau (Del Nero) akan menjadi sebahagian daripada pasukan menentang Terengganu (liga) dan Selangor (Piala FA), Andre akan menggantikan Del Nero apabila pusingan kedua dalam liga bermula (pada 12 April) itu yang pasti." kata Fandi,


Nasib pemain import Johor Darul Takzim dari Itali, Simone Del Nero (gambar) yang dikatakan bakal meninggalkan pasukan tersebut sebelum baki saingan Liga Super bermula masih menjadi tanda tanya.

Ini kerana, bekas pemain tengah Lazio berusia 31 tahun itu masih menjalani latihan skuad Harimau Selatan di padang latihan di Seri Gelam di sini semalam.

Cuma bezanya, terdapat empat pemain Johor sudah memulakan latihan bersama skuad Fandi Ahmad iaitu Farid Ramli, Muhammad Nazri Ahmad, Jasazrin Jamaludin dan bintang import dari Brazil, Andre Francisco.

Pada masa sama, tiga pemain mereka Ezaidy Khadar, K. Sathiya dan Faizal Mansor sudah memulakan latihan bersama skuad Johor.

Ketua jurulatih Johor Darul Takzim, Fandi ketika diajukan soalan mengenai status Del Nero dan pertukaran pemain hanya mampu tersenyum dan berkata, pemain tersebut masih mempunyai kontrak dengan Johor Darul Takzim.

"Tidak nafikan akan ada perubahan dalam pasukan apabila tempoh perpindahan pemain dibuka bermula 8 hingga 22 April ini, namun siapa yang akan keluar atau masuk, saya tidak tahu lagi kerana ia masih dalam perbincangan," katanya.

Khabar angin mengatakan Del Nero bakal 'dilepaskan' bertiup kencang semuanya dikatakan gara-gara persembahannya yang tidak konsisten.

Portal sukan Sports247 melaporkan, pemain yang pernah beraksi dengan pasukan Itali yang berjaya memenangi Kejohanan Bola Sepak Eropah UEFA Bawah 21 tahun pada 2004 itu sudah hampir pasti meninggalkan Johor Darul Takzim.

Portal tersebut turut melaporkan, kontrak Del Nero bersama skuad tersebut akan ditamatkan lebih awal dan pemain tengah itu dikatakan akan pulang ke negaranya selepas urusan pampasan diselesaikan dengan pihak pengurusan.

Karier pemain tersebut juga tidak kurang hebatnya apabila pernah beraksi untuk kelab Empoli, Brescia, Cesena, Palermo dan Lazio di Itali dan Livingston dalam Liga Scotland sebelum pasukan Johor Darul Takzim menyambar pemain tersebut.

p/s : Mohon PBNJ jangan buang Nero,beri peluang lagi.


Meskipun berjaya mendahului pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dengan jaringan 2-0 dibabak separuh masa pertama permainan saingan pusingan kedua Piala FA 2013

Pasukan Kedah tidak berjaya mengekalkan momentum kelebihan gol tersebut,ekoran JDT berjaya menyamakan kedudukan 2-2 di separuh masa kedua

Kedudukan kekal 2-2 sehingga tamat masa permainan 120 minit memaksa pemenang dipilih menerusi penentuan sepakan penalti

Sepakan penalti yang diambil Shazuan yang melambung tinggi memberikan kelebihan kepada JDT,akhirnya D. Guiza muncul wira pasukan Johor Darul Takzim setelah berjaya menyempurna sepakan penalti yang membolehkan JDT meraih kemenangan 5-4 (Penalti)

Menanti JDT di suku akhir adalah pasukan Selangor yang menewaskan Sabah 3-0 pada aksi yang sama

Penjaring gol perlawanan

(8″22″ K. Muhymeen) (69″90″ D. Guiza). Jom tonton video2 jaringan Johor!!!







Skuad yang terkenal dengan jolokan 'Harimau Selatan' itu memintas pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kelebihan satu mata selepas mengutip 16 mata daripada sembilan perlawanan.

Negeri Sembilan terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-28 menerusi pemain tengah, Rashid Mahmud.

Namun kegembiran skuad Negeri Sembilan tidak kekal lama apabila Johor Darul Takzim berjaya menyamakan kedudukan menerusi tandukan pemain pertahanan, Kamarul Afiq Kamaruddin pada minit ke-82.

Mohd Nurul Azwan Roya muncul wira pasukan Johor Darul Takzim apabila menjaringkan gol kemenangan minit ke-91.

Kemenangan ini meletakkan Johor Darul Takzim berada di Puncak Liga Super Malaysia 2013. Jom Tonton video gol-gol dramatik dibawah ini :


GOL Negeri Sembilan - Rashid Mahmud


GOL 1 Johor Darul Takzim - Afiq Kamaruddin



GOL 2 Johor Draul Takzim - Nurul Azwan Roya(Awe)






Perkara yang sama dilakukan ayah pada tahun 1986 tetapi hanya untuk seketika apabila Selangor memadam jaringan tunggal Dollah Salleh untuk Selangor menang 6-1. Pada tahun itu juga aku menyaksikan Allahyarham Mokhtar Dahari beraksi kali terakhir.

Dan ayahku muram sampai keesokkan hari selepas Johor tewas. Kecewa, final Piala Malaysia 1991 langsung tidak menarik perhatian Ayah. Namun Johor mempamer aksi hebat menerusi kemenangan 3-1 dengan hatrik Ervin Boban.

Selepas itu bolasepak Johor sepi dari kejayaan kecuali Piala FA pada 1998 menewaskan Sabah 1-0.

Lantaran penyokong mula tidak mempedulikan pasukan bolasepak Johor. Tetapi kebangkitan pasukan berstatus kelab, Johor FC sedikit mengubat kekecewaan peminat. Namun tidak sehebat Johor yang disanjung ayah dahulu.

Lama sepi dan pernah suatu ketika Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunus di Johor Baharu tidak terjaga akibat tiada siapa yang mahu menonton perlawanan.

Tetapi sekarang semuanya sudah berubah. Baru-baru ini saya ke Segamat, Johor menghadiri majlis perkahwinan sepupu. Kebiasaannya kemeja-T ataupun, baju batik dan baju kebangsaan menjadi pilihan kebanyakan tetamu.

Penjaga Gol;
  1. Mohd Zamir Selamat
  2. Muhammad Al-Hafiz Hamzah
  3. Zulfadhli Mohamed

Pertahanan;
  1. Muhd. Tuah Iskandar
  2. Ahmad Tharmini Saiban
  3. Mohd. Muslim Ahmad
  4. Aidil Zafuan Abdul Razak
  5. Mohamad Azmi Muslim

Tengah;
  1. Safiq Rahim - Ketua Pasukan
  2. Simone Del Nero
  3. Nurul Azwan Roya
  4. Mohd Yusri Abas
  5. Ezaidy Kadar
  6. Muhd. Fazly Mazlan
  7. Mohd. Faizal Mansor
  8. Mohd. Redzuan Nawi

Penyerang;
  1. Norshahrul Idlan Talaha
  2. Daniel Guiza
  3. Mohd. Zaquan Adha
  4. Safee SaliAhmad Syamim Yahya
Persatuan Bolasepak Negeri Johor


Persatuan Bola Sepak Negeri Johor merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab menyelaras dan memajukan sukan bola sepak di negeri Johor. Persatuan Bolasepak Negeri Johor telah bergabung dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai badan induk rasmi dalam sukan bolasepak di Malaysia.

Persatuan yang dinaungi oleh DYAM Tunku Mahkota Johor ini telah ditubuhkan pada 29 Disember 1955 dan berpusat di Kluang pada awalnya. Persatuan Bolasepak Negeri Johor serta telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan kemudiannya didaftarkan semula di bawah Persuruhjaya Sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997.



Ketika para penyokong bola sepak negeri Kelantan ada yang masih termimpi-mimpi sejarah membawa pulang tiga piala kebanggaan bola sepak tanahair, pasukan bola sepak negeri Johor pula sedang ligat melobi pembelian beberapa pemain handalan bola sepak negara.

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor bakal mencipta sejarah apabila menjadi pasukan bola sepak pertama di negara ini yang sanggup berbelanja sebanyak 2 juta euro bagi mendapatkan bintang piala dunia Sepanyol 2008, Daniel Guiza secara pinjaman.

Jika ianya menjadi kenyataan, maka Daniel Guiza adalah merupakan pemain import termahal yang pernah bermain di negara ini dan apa yang lebih membanggakan penulis adalah, beliau bakal bermain untuk pasukan negeri kelahiran penulis.

Ketika Johor sedang mengcongak serta mengatur perbincangan dengan beberapa pemain tempatan yang menjadi pilihan , tiba-tiba hadir beberapa suara “sumbang” yang mengkritik usaha Johor untuk memperkuatkan pasukannya untuk musim hadapan. Mereka mengkritik kononnya Johor tidak menghormati baki kontrak yang dimilki oleh para pemain.

Pada pandangan penulis, pada era ini, kualiti permainan serta hasil bakat wajar dinilai sedalam mungkin. Sukan bola sepak negara harus menoleh ke negara yang memiliki pemain yang berkualiti serta bertaraf antarabangsa. Pemain menjadi rebutan dengan nilaian wang dijadikan ukuran oleh pemain bagi memilih pasukan mana yang harus mereka wakili.

Adalah menjadi kewajaran kepada pasukan bola sepak di negara ini untuk berbelanja lebih besar bagi memiliki pemain yang hebat jika ia mampu. Jika Johor mampu untuk membawa NorshahrulIidlan Talaha dari Kelantan dengan nilaian tebus kontrak sebanyak RM 1 juta, kenapa ia hendak dikritik? Ia secara tidak langsung dapat menambah kantong pasukan tersebut. Dan rasanya, ia akan menjadi nilaian perpindahan tertinggi dinegara ini.

Pasukan Bola Sepak Negeri Johor hari ini mempunyai presiden yang berani untuk berbelanja besar demi survival sukan tersebut untuk negeri Johor. Tahniah penulis ucapkan kepada Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim sebagai presiden kerana telah membuka mata keseluruhan peminat bola sepak tanah air bahawa, harga pemain bola sepak hari ini harus dibayar setanding dengan kualiti permainan yang mereka tunjukkan.

Dengan ini, penulis percaya minat serta kesungguhan untuk para pemain berkhidmat dengan pasukan yang diwakili akan lebih mendalam.

Buat pengurusan pasukan negeri lain, anda harus berani menilai kualiti permainan para pemain bola sepak setanding dengan bayaran yang mereka terima. Sudah tiba masanya para pemain mendapat bayaran yang setimpal dengan apa yang mereka sumbangkan. Penulis yakin, ia buka pencetus kepada sifat “demand” para pemain, tetapi secara tidak langsung ia bakal menjadi “trend” terbaru arena sukan bola sepak tanahair.

Sudah tibanya masanya presiden bola sepak bagi setiap negeri bekerja lebih kuat bagi mendapatkan dana untuk mengisi kantong persatuan bola sepak negeri masing-masing bagi membeli para pemain handalan negara. Pasukan Bola Sepak negeri Johor sudah membuka gelanggang. Ayuh terima cabaran, ianya baru bermula.

*tertakluk pada perubahan stadium dan pindaan FAM

Negerinya Besar Di Suatu Masa
Barat Timur Selatan Ke Utara
Pusat Pemerintah Di Johor Lama
Dikenali Juga Kota DiRaja

Memerintahkan Rakyat Negeri
Serangan Musuh Terus Di Tangkisi
Berbagai Cabaran Sama Menangani
Bangun Jatuh Berdiri Kembali

Bacalah Sejarah Negeri Johor
Negeri Terbilang Serta Termashur
Dalami Sejarah Kenali Bangsa
Barulah Kita Dapat Berbangga

Sejak Dahulu Sehingga Kini
Berbagai Perubahan Di Lalui
Sepuluh Daerah Berkembang Maju
Pesat Membangun Johor Negeriku

Profile Player(Johor Darul Takzim FC):

Mohd Safiq Rahim

Memulakan karier bolasepak sebagai pemain skuad presiden Selangor. Pernah menyertai skuad KL Plus dan Selangor. Pada 30 Jun 2011, Persib Bandung pernah menawarkan kontrak kpd Safiq namun Safiq memilih utk menolak tawaran tersebut. Pada Ogos 2011, Safiq diberikan peluang 3 minggu tempoh percubaan oleh Cardiff City FC.

Gaya Permainan:
Safiq terkenal sebagai pakar sepakan percuma dan berpotensi memberi ancaman ke kubu lawan semasa situasi bola mati beliau. Beliau juga bagus dengan kemahiran gelecek dan hantaran tepat.


Malam ini akan berlangsungnya perlawanan melibatkan skuad Kelantan aka The Red Warriors  menentang  Johor Darul Takzim FC (Harimau Selatan) dalam satu Perlawanan Liga Super 2013 .


Perlawanan ini dijangka akan bermula pada jam 8.45 malam dan akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801. Kepada sesiapa yang ingin menonton secara online, anda boleh klik link live streaming seperti yang tertera di bawah.


#LINK 1
#LINK 2
#LINK 3





ShareThis

Blogger templates

s/y73/tx2nw/bloggedmy/bloggedmylink2.png" border="0" height="15" width="80" alt="Blogged.my" t
Copyright © 2013 Peminat Bola Sepak Johor.